Friday, 28 October 2011

Keuntungan Belanja Makan.


Bagaimana hendak memahirkan suatu perkara dengan cepat? Biasanya untuk mahir sesuatu perkara dengan cepat adalah melalui seminar. Tetapi kos untuk menghadirinya seminar tersebut biasanya mahal.
Salah satu tips lain adalah dengan mengajak pakar atau kawan anda yang berjaya dalam bidang tersebut untukberjumpa. Belanja dia makan tengah hari. Tips ini diberi dan dikongsi oleh Robert Kiyosaki. Katanya kaedah paling cepat untuk mahir dalam sesuatu bidang adalah ajak pakar tersebut makan atau minum. 
Mereka sememangnya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Lagipun itu merupakan tajuk kegemaran mereka. Lebih-lebih lagi dapat berjumpa dengan orang lain yang mempunyai kegemaran yang sama. Sudah tentu mereka lagi bersemangat  untuk berkongsi.
Fikirkan ianya semula. Apa salahnya mengeluarkan RM6.00 untuk mendapatkan sekolompok ilmu? Ilmu tersebut lebih bernilai daripada RM6.00. Ilmu yang akan membantu anda lebih berjaya. Jadi siapakah yang untung?
*Ini seakan-akan sama dengan lepak. Tetapi ia berbeza dengan 'lepak' yang sebenar. Lepak yang sebenar anda berbual kosong dan tidak bertujuan. Tetapi lepak yang sedang dibuat oleh anda sekarang ini adalah 'lepak ilmuan'!
Selamat beramal!

Mencari Ketenangan Diri......



Ketenangan..
Apa yang dimaksudkan dengan ketenangan?
Ketenangan ialah dimana suatu situasi yang merehatkan minda dari sebarang bebanan dan ianya membuatkan hati kita gembira dan bebas dari belenggu kerisauan serta ketenangan badan, pemikiran dan kesedaran di atas jalan untuk kesedaran, untuk pelbagai dasar dan perancangan dokumen bimbingan, dimana tafsiran perkataan biasanya dikaitkan dengan penglibatan alam semula jadi.Sudah pasti semua insan ingin berada di dalam kondisi yang tenang.
Ketenangan mudah untuk dicapai sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Salah satu kuncinya ialah "Apabila kita mengingati tuhan, hati kita akan pasti menjadi tenang".